{draf awal}
Penyelidikan dan Pembangunan: Penetapan Hala Tuju
disediakan oleh:
Mohd Zaidi Abdullah
Pengasas-Penyelidik,
Akademi ‘Ulum Pondok dan Pencerahan Tamadun,
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
mzaid@ilhamkanku.com.my
Penulis menetapkan usaha penyelidikan secara tidak langsung sejak tahun 1991. Secara rasmi telah disusun
suatu perancangan jangka pendek dan jangka panjang. Penyelidikan asasi secara bertulis sebagai artikel pertama adalah pada
1hb. April. 1996. Pada asasnya, didapati penurunan ilmu secara berkesinambungan atau bersanad masih terpelihara di
Alam Melayu. Keutamaan dalam bidang penyelidikan adalah menjejak kesinambungan ilmiah dari sumber Alam Melayu sendiri tidak
kira sama ada sumber tersebut memelihara khazanah berbahasa Melayu atau berbahasa Arab atau lain. Ini bermakna Atur-Cara atau
kaedah penyelidikan ‘semasa’ telah disusun semula supaya sesuai dengan ruh tradisi. Dalam pengertian tepat, selaku
penyelidik memiliki autoriti sanad sebelum melakukan penyelidikan menggunakan sanad dalam meninjau serta meneliti
perkembangannya.
Antara tokoh-tokoh yang memelihara kesinambungan penurunan keilmuan ialah Al-Marhum Ustaz Taha (ahli fatwa
MAIS-kenalan T.G. Hj. Hashim), Ustaz Abdul Aziz Andik Achuk (ahli fatwa tertua MAIS sekarang), Tuan Guru Hj. Abdullah (lahir
1933), Tuan Guru Hj. Hashim (Pondok Pasir Tumboh), Sheikh Zakaria bin Ahmad Wan Besar (lahir 1928-ahli fatwa Kedah), Tuan
Guru Hj. Abdul Rahman (Pondok Darul Salam Kuala Ibai), Ustaz Dato Ambak, Ustaz al-Marhum Abdullah Mohamad (Nakula). Pada tahun
1999, berkesempatan pula menemui dan bermuzakarah dengan Tuan Guru Hj. Wan Mohd Shaghir (w.April.2007). Tokoh ini mendokumenkan
segala maklumat yang diperolehinya tentang ulama-ulama Alam Melayu. Khazanah Fathaniyah dan PENGKAJI ditubuh oleh beliau demi
menonjolkan semula khazanah ulama Melayu.
Seperti yang disebut, atur-cara penyelidikan telah dirombak dan disusun semula. Dari tradisi ini, penulis
menetapkan bahawa Tafsir al-Jalâ lain karya Imâ m Jalâ luddin al-Mahalli (w.864H/1459M) dan Imâ m Suyû ti (w.911H/1505M) sebagai teks utama yang boleh
dijadikan ‘teras’ kefahaman Islam. Penetapan ini kerana tafsir ini merupakan karya mutawatir yang dikaji di pelbagai
belahan dunia Islam termasuk di pondok-pesantren Malaysia, Indonesia dan Thailand. Al-Quran pula mengandungi pelbagai pengetahuan.
Ini bermakna asas pemikiran kesatuan dan kesepaduan terdapat dalamnya. Alangkah menariknya, setakat penemuan hingga kini,
sebuah tafsir dalam bahasa Melayu lama telah ditulis Sheikh ‘Abd al-Rauf al-Fansû
ri bertajuk Tarjumâ n al-Mustafî
d. Karya ini mendapat perhatian penelitian untuk dicetak yang diketuai oleh Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani (w.1325H).
Alam Melayu juga dilengkapi karya tafsir yang bermutu seperti Marâ h al-Labî d karya Sheikh Nawawi Banten dan karya ini juga menjadi rujukan asas bagi orang-orang
Arab yang jujur sehingga kini.
Selain al-Quran dan tafsirnya, pengajian berkitab juga menjadikan kitab-kitab hadith sebagai teks-teks penting.
Antaranya, Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, al-Muwatta’ dan lain-lain. Teks-teks
tulen dalam pengajian hadith ini menandakan bahawa pemikiran dan pemahaman tradisi di Alam Melayu menjunjung Sunnah Rasulullah
s.a.w.
Pengkajian perincian secara lengkap dari kedua-dua sumber Islam tersebut terdapat dalam ilmu tauhid, fiqh,
usul fiqh, qawa‘id fiqh, tasawwuf, nahu, saraf, balaghah dan lain-lain. Ini kerana - secara insafnya - al-Quran dan
al-hadith tidak akan dapat difahami dengan tepat jika tanpa ilmu-ilmu yang dihuraikan oleh para ulama. Ini kunci asas ilmu-ilmu
Islam.
Seperti yang ditegaskan, atur-cara penyelidikan telah dirombak dan disusun semula menurut kesesuaian tradisi
Islam. Yang dipentingkan dalam penelitian adalah sumber bersanad lebih diutamakan berbanding pewarasan akal terhadap ‘sesuatu
bahan’. Kelogikan ‘sesuatu’ dengan persekitaran jika melibatkan masa lalu yang tidak disaksikan sendiri
oleh penyelidik bukan boleh dijadikan sandaran utama. Faham orang dahulu seperti nur muhammad yang membayangi perkembangan
pemikiran Islam di Alam Melayu tidak sama dengan teori dan atur-cara penyelidikan orang kini terhadapnya. Secara tradisinya,
nur muhammad difaham bagi mereka yang beramal tariqah. Jadi, kajian secara intelektual adalah bias jika penyelidik
tidak mengalami sendiri.
Dalam kajian orientalis atau mana-mana pengkritik al-Quran masih tidak mampu mengenepikan al-Quran sebagai
wahyu. Kaedah pemeliharaannya amat teliti jika dibandingkan teks-teks agama lain. Ini membuatkan penulis berpendapat, al-Quran
sepatutnya menjadi kaedah teras penyelidikan. Al-Quran memiliki sanad dan, ia juga dipelihara oleh sekian banyak tafsir-tafsir
bagi pemeliharaan maknanya. Begitu juga, al-Hadith dan sanad menduduki hierarki kedua dalam senarai autoriti dalam semua mazhab
Islam. Penyelidikan sosiologi yang dibentuk menurut Ibnu Khaldun pun masih dipengaruhi jasa kajian sanad. Cuba lihat awal
al-Muqaddimahnya. Ringkasnya, al-Quran dan al-hadith serta sanad-sanad kedua-duanya adalah autoriti penentu. Ini bermakna
mana-mana kaedah sains sosial lain masih bersifat sekunder.
Penulis melihat penyelidikan keIslaman pada hari ini terutama dari segi persejarahan menerima pakai kaedah
sains sosial dan kemanusiaan yang masih dipertikai latarbelakang pembinaannya. Dikatakan kebanyakan persejarahan dan sains
sosial pada hari ini dipengaruhi Hegel, Max Weber, Kuhnian dan seumpamanya. Cuma beberapa ciri dari mazhab-mazhab tersebut
agak boleh diterima tetapi semestinya diIslamisasikan terlebih dahulu.
Penulis percaya ramai penyelidik dalam sains sosial dan kemanusiaan kurang berpuashati dengan teori dan kaedah
yang dianjurkan oleh pakar-pakar barat. Kajian keagamaan dalam bidang ini hanya sebagai subnya sahaja. Pada hemat penulis,
inilah ‘tanda’ perbezaan antara manusia tradisi dengan manusia moden. Agama bukan mengatasi ilmu-ilmu rekaan manusia.
Dalam pengamatan tradisi, situasi ini kurang sesuai dengan ruh Islami. Secara tegasnya, ini merupakan ‘krisis kebenaran’
yang dialami oleh manusia moden.
Penulis juga melakukan tinjauan sejak beberapa tahun lalu di tempat-tempat sosial. Beberapa kali juga berbual
dengan orang-orang awam. Kesedaran inilah yang mendorong tertulisnya beberapa buah buku tentang Islam seperti Pegangan
Sejati Ahli Sunnah Wal Jamaah: Suatu Keluhuran dan Kemurnian Pegangan Hidup, diterbitkan pada tahun 2000M. Berminat menyumbang
kepada masyarakat terutama secara bertukar-tukar idea dengan masyarakat pelbagai peringkat. Bagi penulis, ilmu aqidah mesti
diketahui tidak kira mereka beramal atau tidak; taat atau fasiq. Ini kerana aqidah memainkan peranan penting dalam menuju
kebenaran. Ada orang bertemu kebenaran selepas bertahun-tahun berada pada ‘jalan tidak menentu’. Jadi, ilmu yang
diketahui membantu serta membimbingnya. Akan tetapi, tidak kurang juga mereka yang berkeinginan melalui jalan keagamaan terbimbing
oleh ajaran yang menyeleweng.
Mengisi ‘krisis’ kebenaran ini, penulis memanfaatkan induk dan keluasan skop al-Hikmah al-Ishrâ qiyyah. Dalam meneliti al-Shaqâ ’iq
al-Nu‘mâ niyyah, didapati karya-karya yang cenderung kepada aliran
ini dijadikan teks dalam tradisi pemikiran Islam dalam pemerintahan ‘Uthmâ
niyyah. Muhaddith Kabir Badr al-Dî n al-Hasani (1267/1851-1354/1935) juga mengajar
kitab seperti Sharh Hikmah al-Ishrâ q karya Qutb al-Dî n al-Shî râ zi.
Sesuai dengan situasi ini, sanad diteraskan pada penyelidikan perkembangan Islam di masa lalu. Tafsiran
al-Quran dan Syarah Hadith boleh dikembangkan menurut syarat-syaratnya. Ini pegangan penulis.
Penulis dapat mengesan sanad yang masih berkesinambungan dari Sheikh Abdul Rauf al-Fansû ri dan Sheikh Daud al-Fatani dalam periwayatan Tariqah Shattariyyah serta disiplin-disiplinnya.
Misalnya, ‘Abd al-Rauf al-Fansuri kepada Tok Pulau Manis manakala Sheikh Daud kepada Sheikh Abdul Qadir bin Abdul al-Rahmani
al-Fatani kepada Sheikh Ahmad al-Fatani. Harus diingati bahawa kedua-dua orang tokoh ini merujuk pada Sheikh Ahmad al-Qushashi
al-Madani yang berjaya menggabungkan dua puluh tariqah dalam Shattariyyah versinya.
Dengan pengakuan para ulama Arab, Sheikh Muhammad Yasin al-Fadani juga banyak menghubungkan tradisi sanadnya
dengan tokoh-tokoh penting penyebaran Islam di Alam Melayu seperti dengan Sheikh Abd al-Samad al-Falimbani, Sheikh Muhammad
Arshad al-Banjari dan lain-lain.
Sebelum melanjutkan bicara, kita melihat betapa bersungguh-sungguhnya non-muslim dari negara penjajah sanggup
menyamar untuk mengenali identiti dan aktiviti Islam. Tokoh yang dimaksud ialah C. Snouck Hurgronje dalam Mekka in the
Latter Part of the 19th Century. Daily Life, Customs and Learning, diterjemahkan oleh J.H. Monahan (H.B.M. Consul di Jeddah).
Edisi English diterbitkan pada tahun 1888-1889. Penyelidikan ini jelas bermotifkan politik penjajah.
|