logo.jpg

Ibnu Khaldun
Home
Blank page
al-Musalsalat e
Sanad
Penyelidikan dan Pembangunan
Senarai Isi Kandungan Jurnal Kesturi
al-'Ilm, al-Maqulat dan al-Hikmah Dalam Pemikiran Ulama Melayu: Suatu Penelitian Awal
harap bersabar................
Roshdi Rashed (Professor at Centre National de la Recherche Scientifique, Paris, France)
Ibnu Khaldun
Apabila Allah Mentaqdirkan ...
Bangsa Melayu: Mencanai Minda - Membentuk Sikap oleh Raja Nazrin Shah
Kertas Kerja Di WORLD CONFERENCE OF ISLAMIC SCHOLARS OIC
Suasana Masyarakat
AKADEMI ULUM PONDOK DAN PENCERAHAN TAMADUN
Dialog Peradaban
Seminar Kesinambungan Pengajian Tradisional (Sempena 73 Tahun Madrasah Rahmaniyah Lubok Tapah)
Blank page

Enter subhead content here

Penduduk Desa Lebih Dahulu Dari Penduduk Kota. Desa Merupakan Asal Dan Sumber Perkembangan Kota Dan Kebudayaan

Oleh: Ibnu Khaldun

 

Sudah kami terangkan dalam huraian-huraian terdahulu bahawa orang-orang desa memerlukan keperluan-keperluan asas, sedangkan orang-orang bandar banyak mengutamakan kelebihan, kemewahan dan pelengkap kehidupan lainnya yang menjadi kebiasaan. Yang mestinya penting didahulukan bukanlah pelengkap-pelengkap itu kerana pelengkap itu datangnya kemudian yakni sebagai nombor dua. Desa timbulnya lebih dahulu daripada bandar.

 

Bahawa yang menjadi tuntutan manusia, mula-mula adalah keperluan asas, bukan keperluan-keperluan lainnya yang datangnya kemudian sebagai pelengkap dan penyempurnaan. Apabila keperluan asas sudah dipenuhi, maka barulah dating pelengkap untuk menyempurnakan keperluan itu. Tidak teraturnya desa lebih dari bandar sebab desa itu merupakan sumber asalnya, kebudayaan itu berasal dari desa hingga berkembang luas. Apabila desa itu sudah peroleh mewah melimpah, maka dibuatnya pembangunan-pembangunan dan akhirnya memungkinkan untuk menjadi sebuah bandar. Inilah yang mula menjadi hal di kalangan orang-orang desa iaitu yang mula-mula menempati desa pada suku-suku bangsa Badwi (desa). Dalam lain hal, orang-orang Bandar tidak berkeinginan untuk tinggal di desa, kecuali kalau ada hal-hal tertentu yang menarik perhatiannya, atau kalau ia sudah merasa bosan hidup dalam masyarakat bandarnya.

 

Tetapi, bagaimanapun sudah jelas bahawa desa lebih dahulu adanya daripada bandar. Hal ini dapat dibuktikan, bahawa penduduk bandar itu kebanyakannya berasal dari orang-orang yang dating dari desa-desa di sekitarnya. Orang-orang desa yang dapat hidup di bandar-bandar mulai mencari kekayaan dan biasanya menjadi kaya pula. Selanjutnya, mereka mulai mengarah kepada hidup mewah seperti halnya yang sudah menjadi kebiasaan penduduk bandar. Hendaknya dapat difahami bahawa perkembangan kebudayaan itu berpangkal dari desa. Itulah yang kami maksudkan bahawa desa merupakan sumber aslinya dari kebudayaan.

 

Baik penduduk desa maupun penduduk bandar, masing-masing berbeza keadaannya di antara mereka, dalam taraf kehidupannya. Banyak suku bangsa yang lebih besar dari suku bangsa lain, banyak perkampungan yang lebih besar dari perkampungan lain, banyak bandar yang lebih besar dari bandar lain, begitu juga dengan bandar-bandar besar yang padat penduduknya (metropolis).

 

Semakin jelas lagi bagi kita, bahawa adanya desa itu lebih dahulu dari bandar, bahawa bandar adalah berasal dari desa, dan bahawa perkembangan kebiasaan, kemewahan dan persiapan-persiapan bandar-bandar besar itu, adalah terkemudian dari kehidupan asas desa.

Enter supporting content here