logo.jpg

Suasana Masyarakat
Home
Blank page
al-Musalsalat e
Sanad
Penyelidikan dan Pembangunan
Senarai Isi Kandungan Jurnal Kesturi
al-'Ilm, al-Maqulat dan al-Hikmah Dalam Pemikiran Ulama Melayu: Suatu Penelitian Awal
harap bersabar................
Roshdi Rashed (Professor at Centre National de la Recherche Scientifique, Paris, France)
Ibnu Khaldun
Apabila Allah Mentaqdirkan ...
Bangsa Melayu: Mencanai Minda - Membentuk Sikap oleh Raja Nazrin Shah
Kertas Kerja Di WORLD CONFERENCE OF ISLAMIC SCHOLARS OIC
Suasana Masyarakat
AKADEMI ULUM PONDOK DAN PENCERAHAN TAMADUN
Dialog Peradaban
Seminar Kesinambungan Pengajian Tradisional (Sempena 73 Tahun Madrasah Rahmaniyah Lubok Tapah)
Blank page

Enter subhead content here

9.5 bilion SMS bernilai RM5b dihantar tahun lalu


KUALA LUMPUR: Sebanyak 9.5 bilion Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan nilai purata RM5 bilion, dihantar pengguna telefon bimbit di negara ini sepanjang tahun lalu, menjadikan penggunaannya bukan lagi sekadar landasan komunikasi tetapi industri yang memberikan pulangan lumayan.
 
Jumlah penggunaan SMS tahun lalu itu mencatatkan peningkatan hampir 57 peratus, berbanding 6.1 bilion tahun sebelumnya.
Perangkaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menunjukkan penggunaan SMS pada suku pertama tahun ini saja sudah mencapai 3.4 bilion, meningkat 78 peratus berbanding 1.9 bilion yang dicatatkan pada suku pertama tahun lalu.

Syarikat yang menceburi bidang ini juga bukanlah lagi bertaraf kecil dan sederhana, malah ada antaranya sudah tersenarai di Papan Mesdaq Bursa Malaysia seperti M-Mode Bhd; MTouch Technology Bhd dan Macro Kiosk Bhd.

Senario ini jauh berbeza berbanding ketika penggunaan SMS amat terhad kira-kira lima tahun lalu, dengan komunikasi hanya boleh dilakukan antara penyedia perkhidmatan yang sama. Kini penggunaan SMS seolah-olah tiada batasan.

Fenomena ‘kegilaan’ SMS bermula pada 2002 dengan transaksi membabitkan penghantaran 3.6 bilion SMS pada tahun itu, berbanding jumlah yang kecil sebelum itu walaupun kadar penggunaan telefon bimbit sudah mencapai 30.8 peratus pada 2001.

SMS yang bermula sebagai satu ‘cabang komunikasi’ kemudian muncul sebagai sumber perniagaan seiring berkembangnya teknologi telefon bimbit yang membolehkan nada dering berasaskan lagu dimuat turun.
Dengan kegilaan terhadap muat turun nada dering dan logo semakin bercambah, industri itu turut menyaksikan tumbuhnya pelbagai syarikat yang menawarkan perkhidmatan berkaitan, dengan harga serendah RM2 bagi setiap nada dering atau logo yang ditawarkan.

Sikap pengguna yang tidak begitu berkira dalam berbelanja turut membantu industri itu terus berkembang dengan bukan saja nada dering dan logo ditawarkan, malah pelbagai perkhidmatan lain turut ditawarkan.

Kehadiran Pesanan Multimedia (MMS) merancakkan lagi industri itu dengan menawarkan kandungan, antara lain gaya hidup; nasihat; lawak jenaka; cerita, kuiz, permainan dan pelbagai lagi yang menjadi sumber pendapatan lumayan kepada banyak perniagaan.

Syarikat yang mengiklankan perkhidmatan itu mengenakan caj minimum awal RM6 dan mengenakan caj setiap hari sehingga RM2 kerana pelanggan akan menjadi ahli secara automatik selepas perkhidmatan pertama.

Jika 50 peratus daripada 3.4 bilion SMS yang dihantar sepanjang tiga bulan lalu ialah bagi perkhidmatan muat turun komersil itu pada harga purata RM2, ini bermakna industri itu mencatat urus niaga bernilai RM3.4 bilion sepanjang tempoh itu.

Antara syarikat yang meraih manfaat daripada perkembangan SMS dan MMS itu ialah M-Mode yang mencatat keuntungan bersih RM1.31 juta menerusi perolehan RM11.14 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Disember lalu dengan menumpu kepada pembangunan dan pembekalan kandungan bagi media bergerak menerusi SMS, MMS dan aplikasi tanpa wayar (WAP).

Semua produknya ditawarkan menerusi empat jenama iaitu ‘QQ’ dan ‘Nino’ bagi kandungan bahasa Cina serta ‘Sempoi’ dan ‘Nur Islam’ menerusi bahasa Melayu dengan menawarkan perkhidmatan terus kepada pengguna menerusi iklan di akhbar sejak 2002.

Pengerusi dan Pengarah Urusan M-Mode, Lim Thean Keong, dalam satu kenyataannya berkata, pertumbuhan data bergerak ialah fenomena gaya hidup yang semakin berkembang di kalangan individu menerusi gabungan dua komponen utama iaitu telefon bergerak dan kandungan media (maklumat, data dan hiburan).

Syarikat seperti MTouch pula meraih untung sebagai penyedia perkhidmatan antara pengendali talian telefon dengan pemilik media yang membangunkan kandungan. Tahun lalu ia mencatat keuntungan RM3.83 juta daripada perolehan sebanyak RM15.98 juta.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi LogiCMG, Paul Gleeson, berkata hasil kajian syarikatnya menunjukkan kandungan bergerak mempunyai pasaran besar yang menyediakan peluang kepada pengendali rangkaian itu.

“Pengguna telefon bimbit sudah mula melakukan eksperimen dengan keupayaan telefon bimbit mereka, tetapi melihat kepada pengalaman penggunaan SMS sebelum ini, perkhidmatan yang disediakan perlulah ringkas dan selamat.

“Untuk memperoleh pasaran dalam industri yang sedang berkembang ini pengendali talian bergerak perlu membina hubungan kukuh dengan pelanggan dan rakan kandungan supaya perkhidmatan bermutu tinggi dapat ditawarkan,” katanya.
 
dinukil daripada Berita Harian, Selasa, 12 Julai 2005.

Enter supporting content here